Sunday, 21 July 2013

UMMI.

Assalamualaikum!:) Marhaban Ya Ramadhan...Marhaban Ya Ramadhan...lagu opick..tapi tak tau apa tajuk dia..tapi apabila dengar makin terasa bulan ramadhan.. Da terasa lama plak cuti semester ni...Tapi sebenarnya takdelah lama sangat..ada baki sebulan lebih lagi..tapi terasa sangat lama..Mungkin sebab kali ni aku kerja dan ada aktiviti nak buat.. yeah..cuti kali ni saya berbisnes..bisnes kuih raya...saja timba pengalaman bersama makcik saya.. Ramadhan kali ini aku agak teremosi..entahlah emosilah kan..lagi-lagi bila tengok drama bersiri Hujan,Ramadhan yang hilang,Ummi..Tapi kali ni aku nak cerita pasal drama ummi...aku sebenarnya tak tgk dri awl...tapi kisah dia mengenai seorang wanita yang berhati mulia mengambil dan menjaga budak-budak yang merempat... Aku bertanya kepada mama..ada ke orang baik macam ni?walaupun hanya bekerja sebagai cleaner gaji tak seberapa...makan sendiri pun tak cukup..tapi masih ada sifat empati yang terlalu tinggi..Kadang-kadang orang kaya pun tak berani nak buat macam tu..Mama cakap ada kak...ramai kat luar sana..MasyaALLAH...aku bilalah agaknya?? Aku tak menafikan..kadang2 mereka agak nakal,kotor..Sebenarnya budak2 ni tak salah...cuma tiada siapa yang nak mendidik mereka...masyarakat yang memandang hina...mak ayah yang entah kemana...menjadi nakal sebab makan makanan yang kotor...terpaksa mencuri...entahlah bila nak fikir masalah ni...tiada kesudahan...Ia akan ada kesudahan apabila semua orang prihatin dan membantu... Sebab tu la kita kena belajar betul2..berusaha untuk menjadi kaya...bukan jadi kaya sebab untuk kepuasan diri sahaja...menjadi kaya supaya satu hari nanti kita dapat bahagikan harta kita untuk orang yang memerlukan...menjadi manusia yang bermanfaat..siapa tahu...dengan duit kita tu,budak2 yang merempat tu dapat sekolah...dan dia dapat baca untuk seumur hidupnya...berapa agaknya pahala yang ALLAH ganjarkan?subhanallah yang penting hati haruslah ikhlas dan tiada sifat riak..nauzubillah..semoga ALLAH sentiasa pelihara hati kita ye..

1 comment:

  1. Salam Nurul Atiqah, thank you for sharing your blog. Alhamdulillah anda boleh berkongsi pengajaran dari aktiviti seharian anda. Itu yang kita harapkan melalui perkongsian blog. Ianya adalah medium atau platform utk anda berkongsi perjalanan hidup anda dan apa yang anda telah pelajari supaya dapat mempertingkatkan diri anda. Mtlamat kita adalah agar hari ini lebih baik dari semalam & esok lebih baik dari hari ini. InsyaAllah. Well done! ;)

    ReplyDelete