Allhamdulillah..aku masih mapu bernafas dan diberi peluang untuk menikmati kehidpan.Dont judge books by its cover tajuk aku harini.Semester ini aku mengambil peluang untuk belajar bahasa mandarin anjuran program pelajar antarabangsa di kolej 10.Walaupun ia agak memenatkan.Tapi aku merasa puas.Kerana salah satu impianku dalam era universiti adalah ingin mengaut segala ilmu atau kemahiran yang ada.Bagi pendapat aku,masa inilah yang sesuai dimana aku masih tidak ada banyak tanggungjawab.Hanya tanggungjawab sebagai pelajar.Hanya perlu menuntut ilmu.Jikalau aku menangguhkannya mungkin aku tidak berpeluang.Dan malah yurannya hanyalah rm30!Diluar mungkin sudah beratus-ratus.Mengapa kita perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk perkara yang sama?
Kembali kepada tajuk asal.Setiap perjalanan mengajar aku sesuatu.Membuatkan aku berfikir apabila bertemu orang lain atau kawan baru.Dan juga membuatkan otak aku berfikir bagaimana ingin melayan kawan-kawan dengan pelbagai cara yang sesuaiYa lah..setiap manusia mmempunyai personaliti yang berbeza.Dan yang paling penting aku pasti mendapat idea dari kawan-kawan sekeliling.
Aku mempunyai seorang sahabat.Pemakaiannya agak seksi.Dia bukanLah orang MELAYU malah bukan juga warga MALAYSIA.Pelajar luar negara dan aku tidak pasti dimana negara asalnya.Tidak berkesempatan untuk bertanya kerana tiada masa untuk berborak panjang.Mukanya ala-ala cina dan andaian pertama aku pasti dia bukan islam.Malah nama dia juga tidak menggambarkan keislaman seperti aisyah dan sebagainya.Andaian pertamaku pasti DIA BUKAN ORANG ISLAM.
Kebetulan isnin yg lepas,kelas aku habis lambat.Usai aku solat.Sedang aku melipat telekung ingin meletakkannya di rak.Dia masuk ke surau dan kemudiannya memakai telekung.MasyaALLAH aku merasakan terkejut dan sebak tiba-tiba.Owh dia rupanya saudara seislamku.Yang buat aku sebak kerana walaupun dia tak menjaga auratnya tetapi dia masih tunaikan solat.Dia tunaikan solat.MasyaALLAH walaupun jauh dari keluarga dan negara asalnya.Yang aku sebakkan lagi ialah kerana aku tau masih ada sahabat-sahabatku yang tedekat tidak tunaikan solat.Walaupun mereka masih lagi di negara asal.Tetapi hampir juga lemas dan hanyut.
REMINDER:
The Prophet of Allah is reported to have say" for every Salaah that a muslim misses his/her name is written on the gate of Jahanam (hell) ".Hadeeth
Di dalam lautan manusia di dewan ini.Salah satu darinya adalah dia.Aku tak tau nak cakap macam mana.Perasaan haritu aku merasa gembira dan teruja melihatnya.Dan sekarang bila aku fikir kembali.Hati aku insaf.Sebak menyelubungi dada.Dia masih ada "hati" untuk hadir ke majlis ilmu..Aku tau susah ingin mencari ceramah agama dalam bahasa inggeris.Kita ni ada banyak peluang.Pelbagai ceramah agama yang ditawarkan lagi percuma.Masih berkira-kira untuk hadir.
Dari situ aku mula berfikir.Ilmu tidak akan hadir dengan sendirinya.Kita yang perlu cari.Kita yang perlu mulakan.Kita yang perlu menggerakkan kaki ke tempat yang baik.Untuk melakukan kebaikan,kita perlu paksa diri kita.Hanya perlu lakukan tanpa fikirkan apa akan terjadi selepas itu.Manusia bukanlah seperti air di sungai blh digerakkan oleh arus.
Dont judge books by its cover-Berprasangka baiklah.Itulah yang ALLAH sarankan.Tak semestinya bertudung litup akhlaknya baik dan dijamin masuk syurga.Sama seperti tak semestinya aurat orang itu tidak sempurna atau dia kotor,hina akan dijamin masuk neraka.Jom Audit diri!


No comments:
Post a Comment