Friday, 15 March 2013

Positive x Positive = Positive power of 2!

Assalamualaikum:)

Yes and yeah..if positive times by positive if will be double postive!Basicly,positive is a good things and negative is bad things.And in life,we have choice..either we want to choose to be good or bad.So what influence us to be good person?Firstly,religion.Yes,religion ask us to be good mukmin because religion guide us or maybe point us to go to jannah or heaven.A peaceful place ever.We will not found it on earth.Never and never.Soo,to go there we need to fight our nafs from doing bad things.


Sebenarnya,aku mendapat idea untuk menulis tajuk ini selepas aku pergi coaching session.Coaching session ni dianjurkan oleh pihak SERU Universiti Malaya.Blog ini pun tertubuh disebabkan oleh Program Real Coaching ni.Sebenarnya hati ni agak berat untuk hadir memandangkan banyak kerja dan komitmen.Dan sebelah malam tu pula aku akan ada training untuk feseni.Kalau ikut hati memang malas.Tapi aku teringat akan kata-kata abang Amirul dan kakak Elin "beri komitmen".Dan ada satu benda ini menjadi peransang untuk aku bergerak "Please give comitment whatever you had started".Benda selalu bermain dalam fikiran aku.Aku sudah mulakan jadi aku kena teruskan.Cari hikmah apa yang ALLAH sudah aturkan untuk aku.Tiada benda yang terjadi tanpa sebab.


Dan selepas habis sesi aku rasa tak menyesal sangat aku pergi.Aku rasa gembira dan bateri semangat aku dicas.Rasa lebih bertanggungjawan ke atas "gol" yang ingin aku capai.Rasa "gol" tu lebih clear.MasyaALLAH ahli kumpulan aku sangat positif ahli-ahlinya.Dua jam terasa sangat singkat.Kami berkongsi sasaran kami.Apa yang kami nak capai untuk sem ni?Mengapa?Majoriti semua nak peningkatan dalam pelajaran.Untuk dapat biasiswa dan sebagainya.Minoriti nak peningkatan dari segi sahsiah dan agama.Kami berkongsi cerita,pandangan,pengalaman.Sebenarnya,kami tak kenal pun satu sama lain sebelum  ini.Dan nama mereka pun aku masih ingat-ingat lupa.Tetapi perasaan aku rasa sudah lama mengenali mereka.Mungkin ini terhasil kerana keikhlasan kami untuk menjadi manusia yang lebih berguna.


Sambung kepada tajuk.Untuk menjadi orang yang lebih berjaya dan positif.Mencari kawan atau persekitaran yang positif adalah penting.Manusia mudah terkesan dengan pengalaman dan orang yang dia jumpa.Bila kita bergaul dengan orang yang positif dan mempunyai wawasan.Ia "minimise" bad attitide kita.Sebagai contoh situasi ni.


ABU:Aku rasa aku tak mampu la.Susah la..

ALI:InsyaALLAH kau boleh.Aku percaya kau mesti boleh punya.Takpe dekat dalam dunia tiada apa yang mudah.Kalau semua senang.Tak rasa la kemanisan kejayaan!:)

Kalau kita dikelilingi kawan-kawan yang positif.Kita nak berputus asa pun tak berkesempatan.haha.Betul ..saya rasa kalau anda dalam situasi ni mesti anda terfikir "Eh ye ke,aku boleh?"..Tiba-tiba ada perasaan percaya kepada diri hadir dan insyaALLAH anda memulakan langkah walaupun sikit.Sekurang-kurang ada la juga perkembangan.Tiadalah kita statik sahaja dekat tapuk lama.:)



                                    Coachees of prodigy 2013!
Manusia tidak boleh berkembang secara berseorangan.Jadi bergaullah dengan kawan atau komuniti yang baik dan positif.:)
Dan sekarang saya rasa amat gembira sekurang-kurangnya saya bergaul dengan orang yang berwawasan.Kalau saya nak cari sendiri diluar sana mungkin sukar.Alhamdulillah aku insan terpilih!Terima kasih SERU kerana menganjurkan program sebegini.hehe.Not promoting atau membodek.Just share from my heart:)

No comments:

Post a Comment